By Charis - Feb 10

Pendidikan STEAM? Robotik?

Pendedahan dan penjelasan yang jelas telah dilakukan semasa Bengkel Stick'Em Robotic yang telah berlangsung pada 17 Januari lepas bertempat di Sekolah Antarabangsa Charis. Bengkel ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Encik Adam Huh. Pihak kami sangat bersyukur dan bertuah kerana telah menerima dua set elektronik daripada pihak Stick'Em Robotic. Sejajar dengan keperluan masa kini, Charis mula mengambil langkah dalam memberi pendedahan untuk menyediakan para pelajar kepada dunia masa hadapan. Sesuai dengan kata-kata, "Guru berperanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menjurus kepada penciptaan dan bukan hanya menyediakan pengetahuan yang sedia ada”.

Stick'Em bertujuan untuk mendedahkan bahawa STEAM boleh diakses kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu teknologi. Oleh itu, pihak Stick'Em kini dalam proses menghasilkan kit untuk tujuan pembelajaran STEAM yang mampu milik termasuklah seperti penyambung pencetak 3D, penyepit pakai-buang dan kotak Internet-of-Things (loT). Dengan ini, inovator muda akan mempunyai alat yang dapat membantu mereka menghasilkan prototaip yang boleh digunakan dalam mereka menjana idea dan menyelesaikan masalah secara kreative dan inovatif.